LOTUS DESARU BEACH RESORT

Destinasi Percutian Di Cameron Highland Pahang

Sebelum pergi ke Cameron Highland boleh la cari dulu rumah penginapan melalui laman web supaya mudah sikit kita bila sampai. Harga pun agak murah di bandingkan menyewa hotel. Bnyk pilihan dan boleh tawar harga. Sediakan baju sejuk utk kegunaan di waktu malam. Cuaca agak sejuk dan kalau musim hujan lagi la parah. Perjalanan yg menyeronokan...




Cameron Highland - Tempat Percutian yang hebat. Lebih kurang 5 jam lebih perjalanan dr Yong Peng melalui Lebuhraya.  Boleh melalui Tapah ataupun Simpang Pulai. Melalui Tapah agak mencabar kerana lereng gunung yg curam dan jalan yg sempit. Kalau lalu Spg Pulai agak selesa dgn jln yg baru dan lebih landai, tapi jauh sikit bagi mereka yg dtg dr selatan. Walau pun melalui perjalanan yg jauh tapi segala kepenatan hilang apabila sampai ke hentian pertama iaitu di Ladang Cameron Valley. Disini boleh lah beli brg keluaran spt Teh dan cenderahati.


Tak sah pegi C. Highland kalau tak melawat kebun tanaman strawberry. Kat sini kita boleh petik sendiri dan makan dgn harga yg agak murah. Nak beli bnyk utk bawa balik tak boleh sbb strawberry ni cepat cair bila kena panas, so mkn aje la kat sini bnyk2.


Anak-anak yg paling seronok. 

Sangat sesuai utk yg nk berbulan madu dan yg sambut ulang tahun perkahwinan. Tapi tak digalakan bawak madu takut gaduh plak kat sini, Apa-apa pon mmg amat menarik pemandangan di ladang Teh Boh ni. Saujana mata memandang.


Rehat sekejab lepas penat mendaki ke puncak Ladang Teh Boh


Muzium Peralatan Memproses Teh


Sekitar Ladan Teh Boh




Syazana suka main kat kebun nih......


Petik Strawberry dan terus makan. Memang fresh.....




Pemandangan yg indah. Saujana mata memandang.


Memang Sejuk, terutama waktu malam



Ngeteh di puncak Ladang Teh Boh. Pengalaman yg menarik. Teh yg segar dr ladang. 


Kedai cenderamata. Sediakan duit bnyk2 la....mmg rambang mata
Kejab je dah nk balik. Rasa tak puas bercuti 3 hari 2 malam.....ada masa dtg lagi 

No comments:

Post a Comment